Wednesday, September 27, 2017

Short Novel : Dia , Mr Right ?

BAB 3

"Baiklah saya nak awak buat research apa sahaja tentang pembuatan kopi. Next week kita bincangkan dalam kelas ya? Awak semua boleh bersurai"
Alhamdulillah hari ini kelas habis awal sebab Encik Tarmizi ada urgent katanya. Bukan main seronok lagi masing-masing tapi nasib baik still pandai coverline. Bukan apa , hormat.
"Balik ni singgah beli barang dapur dulu la. Bawang pun dah nak habis", bisik hati kecilku.
Tidak dinafikan barangan di kedai runcit kebanyakannya lebih murah daripada pasaraya. Tetapi aku lebih suka ke Aeon Big sebab alang2 tu aku masuk ke kedai buku . Kot2 ada novel2 baru keluar especially buku aimaan banna , tarbiah sentap dan sewaktu dengannya. Bukan nak bajet alim tapi aku tengah dalam proses nak berhijrah tinggalkan novel2 feveret aku yang lagha tu.
20 minit berlalu dan aku pun sudah berada di ground floor Aeon Big.
"Sabar Ain. Kau beli barang dapur dulu pastu baru kau singgah kedai buku tu ea. Kau tu kalau dah jumpa bookstore mana ingat dunia.", gumamku sendiri.
Selepas aku melunaskan pembayaran di kaunter, aku teruskan hajatku untuk ke bookstore yang terletak di sebelah pintu masuk tadi .
"Lantaklah. Berat pun beratlah. Demi buku2 tercinta daku sanggup berkorban nyawa. Cewahh ", monologku sendiri .
"Nasib baik aku bawak tote bag recycle dari rumah tadi. Sumbat je settle" , desis hati kecilku lagi.
Dari satu rak ke satu rak aku pergi . Daripada novel melayu sampailah buku-buku Islamik semua aku terjah. Disebabkan budget harini kecik je aku decide untuk beli satu buku je.
"Semusim Di Mahsyar. Okay jugak beli yang ni . Kat library belum tentu ada", bisik hati kecilku .
"Alamak!! Dah pukul 5:30 . Solat Asar pun belum ni. Nak kena tunggu uber lagi . Jalan kaki memang tak arr dengan barang banyak gini", omelku sendiri.
Terkocoh-kocoh aku berjalan keluar dari Hassani Bookstore yang memang femes dalam kalangan student sini. Kiri kanan penuh dengan plastik barang2 dapur. Encik uber meminta aku tunggu di lot parking belakang sebab lagi dekat untuk sampai ke kolej.
*Dengarilah perjuangan ini bukan mudah namun bukan alasan berpaling tadah*
"Alamak. Ada call masuk pulak", gumamku sendiri.
Dalam kelam kabut aku nak cari handphone dalam beg, tiba-tiba  dua lelaki bertopeng mengacukan pisau ke arah aku.
"Allah...  Apa ni ? Pisau???  Apa aku nak buat sekarang ni ? Mama abah tolong adik. " , rintihku dalam hati.
"Bagi semua duit yang kau ada!! Termasuk handphone tu sekali!! Jangan jerit. Kalau kau jerit aku tikam kau ", ugut salah seorang daripada mereka.
"Encik, saya merayu sangat . Tolong jangan apa-apakan saya. Jangan ambil duit saya. Lagipun saya belajar lagi . Saya tak nak bebankan mak ayah saya. Saya mohon sangat2 encik jangan buat saya macam ni", rayuku bersama air mata yang mengalir.
"Argghh !! Pergi mati la kau. Ada aku kisah kau belajar lagi ke apa ke aku tak nak tau . Yang aku nak sekarang ni duit !" , bentak lelaki bertopeng itu lagi.
Entah dari mana tiba2 datang satu kekuatan dalam diri aku untuk menghadiahkan satu tumbukan padu di muka lelaki bertopeng tu . Siap pakej flying kick dekat tutt lagi . Ala2 bruce lee pula rasanya.
"Amik kauu. Kan dah kena. Ingat apa aku ni perempuan sesuka hati je ke nak buli2 macam. Aku black belt taekwondo tau dakk!!", jerkahku.
Yang lagi sorang cuma terpacak berdiri elok je sebelah aku siap tersengih2 macam kerang busuk. Sekali aku kick, tumbang terus bak angg. Bila dah sure dua2 ni dah KO , aku terus ke pintu hadapan Aeon sebab ramai orang dan minta encik uber ambil aku di sana.
Sampai di rumah sewa aku letak semua barang2 di atas meja makan .
"Nantilah kemas. Yang penting kena mandi dulu pastu solat. Minta ketenangan sikit", monolog ku sendiri.
Rabbana Atina Fiddunya Hasanah Wa FilAkhirati Hasanah Wa Qina 'Azabannar 
*amin*
Telekung aku gantung elok di dalam almari. Barang dapur tadi tak kemas lagi .
"Eh jap. Phone aku. Tadi kan ada call masuk"
5 missed calls. Izz . 
5 missed calls. Sya
"Mak aiii .  Banyak betul missed calls daripada diorang ni. Siap bahagi missed calls sama rata pulak tu", tawaku meletus.
"Assalamualaikum Izz", sapaku.
"Haa Ain. Panjang umur kau. Kau tau tak aku dengan Sya call kau tak dapat2. Kitorang risau tau tak . Kau tu pun kalau nak pergi mana2 pun bagitahu la. Ni tak senyap je. Kitorang call tadi sebenarnya nak ajak kau keluar makan sebab ingatkan kau ada kat rumah . Disebabkan kau tak angkat call kitorang menjajau cari kau kat kampus tau dakk! . Semua orang kitorang tanya. Termasuk budak kelas kau sekali. Kitorang ni pun tak makan lagi tau sebab risau pasal kau. Tak sampai hati nak makan. Kitorang ni lepak kejap kat Pusat Islam", bebel Izz panjang.
"Waalaikumussalam Puan Izz. Nak jadi bini orang tak boleh marah-marah . Hilang seri muka tu nanti. Kesian pula bakal suami awak. Heee . Sorilah korang aku lupa nak bagitahu sebab rushing tadi. After kelas aku terus jalan kaki pergi Aeon. Takpe yang penting aku dah selamat sampai rumah . Laa korang tak makan lagi ke? Okey2. Malam ni aku masakkan special untuk korang ala2 hotel 5 bintang gitu . Tak mau la marah2 gitu . Ni korang terus balik tau . Dah petang ni . Heee ", balasku panjang lebar.
"Ehhh kau ni kan Ain . Orang tengah serius dia boleh pulak memain. Future husband aku tu kenalah terima aku seadanya. Lagipun dah aku memang macam ni sebab aku sayang kau tau dakk. Ni lagi satu dah la jalan kaki sorang-sorang. Bahaya tau tak. Hurmmm nak rasuah la tu. Make sure masak sedap2 ea. Aku nak siakap 3 rasa tau . Haa yelah kitorang balik terus pasni . Penat weh satu hari cari kau . Okeylah. Jumpa kat rumah nanti. Assalamualaikum", sambung Izz lagi.
"Okey. Waalaikumussalam", balasku.
Talian aku putuskan bersama senyuman terukir. Allah . Sungguh indah bila bersahabat kerana Allah. Sungguh aku sayang mereka. Aku tak mahu kehilangan mereka Ya Allah. Di bumi perjuangan ini merekalah adik-beradikku. Sentiasa ada di kala susah dan senang . 
" Allahu . Kau ni Ain boleh berangan pulak. Kan nak masak tadi " , marahku pada diri sendiri.
Periuk dan kuali aku capai . Menu hari ini special sikit sebab aku dah buat diorang risau so kira nak memujuk jugak la ni. Ainur Ruqayyah kalau bab memujuk memang sifu dah. Takda siapa boleh challenge aku . Dengan baby face ala2 emma maembong (kawan sekolah aku yang cakap) , konfem semua cair .  
Dan aku mulakan tugasku dengan basmalah dan selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W . 






No comments:

Short Novel : Dia , Mr Right ?

BAB 3 "Baiklah saya nak awak buat research apa sahaja tentang pembuatan kopi. Next week kita bincangkan dalam kelas ya? Awak semu...