Tuesday, September 26, 2017

Short Novel : Dia , Mr Right ?


BAB 1

Usai solat Isya' , aku capai senaskah Al-Quran hijau muda di atas meja belajar. Keychain nama 'Ainnur Ruqayyah'  tergantung cantik di zip. Mama dan abah bagi sebelum aku daftar masuk diploma Semester 1 dulu.
"Sodaqallahul'azim"
Helaian terakhir aku tanda dengan sticky note. Maklumlah short-term memory. Sediakan payung sebelum hujan :)
"Rindunya semua orang kat rumah . Adik rindu mama abah sangat. Rindu sangat-sangat. Bestnya kalau kat rumah sekarang ni " , bisik hati kecilku.
Tanpa sedar, air mataku mengalir laju.  Terus aku lap dengan telekung yang aku pakai .
"Ishh kau ni Ain . Tak macho la nangis macam ni. Kena la nampak ganas sikit even dalam hati ada taman. "
Al-Quran aku letakkan semula di atas meja belajarku . Turn aku masak malam ni. Almaklumlah lumrah hidup menyewa. Nak2 student pulak tu. Kena ada toleration dengan setiap ahli rumah. Barulah ukhwah boleh jadi erat.
"Hurmm , nak masak apa eak? Malam ni kita masak simple2 je la . Jimat cermat amalan mulia. 
Diorang pun tak kisah makan apa je. Asalkan tak sakit perut dah la kan "
Aku masak nasi dulu sebelum mulakan acara 'Masterchef' aku malam ni.
"Adik , buat dua kerja dalam satu masa. Sambil masak nasi boleh masak lauk. Kan jimat masa banyak "
Memang banyak pesanan mama kat aku lagi2 bab masak2 ni. Aku ni pun anak bongsu . So no wonder la masa aku banyak dengan mama kat dapur . Tempat febret mama memang kat dapur.
Beras aku bilas then aku tenggekkan atas dapur gas. Cara aku ni tradisional sikit. Guna api terus uolls sebab memang dari kecik mama ajar guna dapur gas. Memang semua anak dara mama takda chance nak guna periuk eletrik .
"Bersama saya harini chef Ain dalam rancangan masak memasak kita harini. So today I want to cook homemade sambal sardin. Resipi rahsia turun temurun daripada mama saya tau " , aku mula berlagak seperti chef wan.
"Next , kita potong dulu cili kering and  rendam dengan air panas. Harini chef malas nak rebus lada kering. So ikut sukati uolls. Kupas dan tumbuk bawang merah dan bawang putih . Bilis , halia dan cili kering tadi jangan lupa tumbuk sekali . Guna lesung batu yang power tau. Jangan Batu Belah Batu Bertangkup dah la yerr. "
"Semua bahan kasi tumis sampai garing sikit. Then letak perasa garam gula baru letak air. Lastly yer penonton, baru masukkan sardin dalam tin ni yer. DONE! "
Maka berakhirlah acara masak memasak aku malam ni. Tengah duk syiok mencedok lauk special aku tiba-tiba 2 orang housemate aku terjah dari belakang.
"Haaa! "
"Oh mak kau jatuh! " , termelatah aku .
"Hesyy kau ni Ain. Cer tukar latah kau jadi istighfar ke tasbih ke. Kan elok sikit dapat pahala. Kesian mak kitorang tersedak kat rumah tu haa" , bebel Izz panjang.
"Betul cakap Izz tu Ain. Kita kena nasihat satu sama lain barulah friendship kita ni berkat. Betul tak? Btw , kau masak apa tu ? Amboihh dari jauh bau pun dah sodapp. Budak kulinari la katakan" , tambah Sya.
Hamra' Izzati atau Izz dan Farisya Irdina aku panggil Sya memang kawan aku yang paling superb pernah aku kenal . Dua2 memang sifatnya berbeza . Izz macam mak2 sikit. Mulut memang laser tapi caring dengan semua kawan2 dia. Sya pulak jenis yang cool je tapi tetap sapot member. Ada masalah pun relek je tapi boleh setel. Tulah yang best. Kalau kita semua sama je boring kan hidup ni. Takde colour.
"Astaghfirullah. Makasih korang ingatkan aku. Btw, ni aku masakkan sambal sardin special mama aku untuk korang ni haa"
"Woahh  ! Ni yang kitorang sayang lebih kat kau ni Ain. Waduhh Sya perut aku dah berkeroncong ni weh . Jom makan ! " , jerit Izz keriangan.
"Izz kot ye pun lapar sangat apa kata kita mandi dulu then solat Isya' berjemaah. Pastu baru makan", ujar Sya lembut.
"Haa. Korang pergilah . Sementara tu aku boleh sediakan talam ni. Air pun aku belum buat lagi ", tambahku lagi.
Begitulah budaya kami. Makan dalam talam menjadi kewajipan kami kalau masing-masing ada di rumah. Sebab tu la hubungan kami macam adik beradik dah. Memang kitorang duduk bertiga je satu rumah. Ada jugak cadang nak ambik sorang housemate baru sebab nak jimat sikit sewa. InsyaAllah dalam masa terdekat ni sebab aku pun tidur sorang dalam bilik.
Habis makan malam or boleh dikira supper jugak lah, aku pun siap2 diri nak tidur . Ambik wuduk , baca Al-Mulk ,  3 Qul , and doa sebelum tidur. Sebagai protector diri kan :) .

No comments:

Short Novel : Dia , Mr Right ?

BAB 3 "Baiklah saya nak awak buat research apa sahaja tentang pembuatan kopi. Next week kita bincangkan dalam kelas ya? Awak semu...