Tuesday, December 9, 2014

Fitrah .

Bismillahirrahmanirrahim . Wassup bro ? Alamak , macam kasar sangat pulak kan ? Oke, kasi sopan sikit . Wassup kawan ? Ada sihat ? Alhamdulillah . So, malam ni tetiba jaa dapat idea nak tulis entry baru. Dis time fifa nak cakap pasal FITRAH . Cam tertarik jaa kan . Meh spendkan masa baca bersengkang mata jap .Setiap manusia ada fitrah. Tak kira sama ada daripada segi perangai, perasaan and so on ,semua tu memang semula jadi Allah ciptakan dalam diri kita.

Setiap perkara yang Allah cipta kat dunia ni SUPERBLY CANTIKK . Tak caya ? Paling simple , semua orang mesti suka tengok pelangi kan ? Siapa yang ciptakan pelangi ? Allah , right?  Camtu jugak laut , air terjun , pokok-II and semua kejadian alam yang lain . Takda satu pun yang Allah ciptakan kat dunia ni yang bagi keburukan kat kita. Tapi, tangan-II manusia ni yang tukarkan ciptaan Allah jadik hancur lebur camtu je . Allahurabbi .




Macam fifa cakap tadi, fitrah tu bercabang . Banyak. But , malam ni fifa nak cakap fitrah tentang perasaan . Alamakk . Gaya macam ada sumthing sajaa ni SITI NORAFIFA BT MD SUIB. :D . Takdalahh . Macam fifa cakap . Fitrah manusia . So, normallah fifa ada 'benda' camni. Kekadang once time kita tak pernah terfikir nak suka orang tu but tak sengaja kita suka dia. Based on my experience. Cehh gaya macam dah 30 tahun kat dunia ni. Bila tiba camtu , sekeras-kerasnya hati ni cuba nafikan. 


"Aku tak suka dia. Mainan perasaan je ni . Mungkin kau perasan dia suka kau sebab tu kau suka dia. Dah la tu . Abaikan rasa ni. Memang la fitrah tapi masalahnya kau tak layak nak suka dia"


That's my kata hati. Lebih kurang camtu la maksud dia . Hee. Seboleh-bolehnya tak nak yakan yang sebenarnya sebab kita pun tak tahu sama ada tu betul-II apa yang kita rasa ataupun mainan syaitan yang saja nak mainkan hati kita. Sampaikan mata pun nak meleleh je pikir pasal ni sebab tak nak rasa ni duduk kat hati. Kalau boleh pi men jauh-II. Jangan dekat-II .


"Saya tak mau awakkkk!!!" , hati menjerit .


Hiperbola sangat makk. Itu yang fifa rasa. Bukan nak cakap diri ni bajet alim, TAK . Tak bermaksud pun camtu. Cuma takut kalau rasa suka ni ter'OVER' pada satu masa, macam-II boleh jadi . Boleh jadi terkantoi , malu and macam-II lagi la. Jadi, because of that la sampai meleleh air mata dek takut sangat. Bukan sebab menangis kerana lelaki tanpa sebab musabab. Tak sepatutnya kita murahkan air mata semata-mata kerana golongan yang bernama AJNABI . bukan ADABI wokeh ? XD .




Tak salah ada perasaan tu. Cuma macam mana kita handle bila kita berhadapan dengan situasi macam ni? Dengan cara macam mana. Pendamkan ? Bercouple ? Couple-Islamik? Haa , bertubi-II soalan ni. Maaf kalau ada yang tersinggung tapi fifa hanya sekadar menyampaikan apa yang patut disampaikan. Sahabat ke Syurga kan? Sahabat yang baik tidak akan membiarkan saudaranya jatuh ke dalam neraka dan akan sedaya-upaya menariknya ke Syurga bersama-II. Amin.

Couple bukan bermakna seseorang sudah mempunyai hubungan yang halal dengan seseorang yang lain . Tidak sama sekali sayang . Sebaliknya, ikatan yang dibina saat 'Aku Terima Nikahnya' dilafazkan adalah yang membawa ke akhirat bahkan ke syurga-Nya. InsyaAllah. Maaf sekali lagi sebab isu ni sensitif sikit kan ? Tapi, fifa hanya menyampaikan apa yang patut disampaikan. 

Semua orang ada masa lampau sama ada manis , pahit, masam, pahit and so on. Setiap manusia takkan terlepas daripada buat silap. Let it go. Fifa pun pernah ada cinta monyet. Biasalah kecik-II kan. Sekolah rendah. Tak tau papepun . *grinning widely* . Nak kata couple pun tak macam couple sangat la. Masing-II bisu je bila face to face. Membatu . *krik krik* . Bila ingat balik, alhamdulillah aku jaga batas walaupun time tu cuma fikir malu nak cakap dengan dia. Tak tau papepun pasal ikhtilat atau papepun pasal jaga batas pergaulan antara lelaki . Tapi , dulu fifa memang jenis yang tak rapat sangat dengan budak laki kelas lain. Alhamdulillah. 


"Kitorang couple-islamik . Kitorang tak dating. Cuma balas-II mesej and ingat-mengingati each other." *ni contoh daripada cerpen*  


Tapi, niat tak menghalalkan cara. Tiada istilah couple-islamik dalam islam. Even couple itu sendiri membawa maksud satu hubungan antara lelaki dan perempuan yang terjalin tanpa sebarang ikatan halal. I'm not the purest girl in this world but i'm trying to be the best muslimah in this world. Teringat Ustazah Fatimah Syarha pernah kata dalam forum Cinta High Class, 

"Jadi kalau kamu bercouple, berkawan-II 20 tahun sekalipun kamu tak akan kenal dia. Yang kamu kenal adalah LAKONANnya "

See ? Bukan saya nak mengutuk dan merendah-rendahkan kaum Adam. Tapi , ini adalah realitinya. Lelaki hanya akan serius bila ingin mencari seseorang untuk dijadikan isteri. Sebab ? Sebab dia akan mencari seorang isteri yang terbaik untuk menjadi peneman dia hingga ke Syurga. Dia nakkan seorang isteri yang menjaga keperibadiannya daripada semua sudut. Yang cantik akhlaknya, wajahnya, agamanya dan lain-II. MasyaAllah . Perkahwinan yang sentiasa di bawah rahmat Allah 'Azza Wajalla. 

Sesungguhnya Hawa telah diciptakan sebagai anugerah yang terindah untuk Adam. Sememangnya Allah dah  tetapkan semua tentang kita secara detail tanpa ada satu pun yang miss termasuklah JODOH kita. Bila sampai masanya, JODOH tu akan datang pada kita bila mana kita dah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar bukan kat dunia je tapi hingga akhirat . InsyaAllah. Amin. So, kawan ingatlah hidup kita masih panjang. Banyak benda kena capai ni . 
Capai cinta Allah insyaAllah capai cinta dia. Wassalam . 

 *entry ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati*


#DoakanSayaDuniaAkhirat

Tuesday, November 25, 2014

Be Strong , Mawar




Assalamualaikum semua. Apa habaq ? Lama dah fifa tak hapdate blog pink ni . :3 . Seriously ,memang takda mood gila-II nak tulis entry baru . But, this time , i'm gonna to tell a story about a girl . A girl ? Siapakah ? Yahh , siapa dia or nama dia fifa tak akan mention . But , i'm feel so sorry for you , sis . Walaupun sekadar senyum bila bertembung, tapi bila akak baca cerita awak kat blog awak , baru akak tahu kisah-II awakk yang selama ni akak tak tahu and orang lain tak pernah tahu , mungkin ,:) . Agak kejam la kan? Tapi , akak tak sekejam tu adekk . Cuma akak ni pemalu sikit dengan adik-II bawah . :D . Okey ? Pasall kes awakk dengan kawan-II awakk tu, just let it go. Awakk masih muda dik . Perjalanan hidup masih panjaaaaangggg . Banyak benda yang adik nak capai belum lagi 'MISSION ACCOMPLISHED' , right? Biasalah , hidup di dunia tak terlepas daripada ujian dan dugaan , dik . Allah nak uji sejauh mana kesabaran awakk kat dunia ni . InsyaAllah , besar hikmahnya yang kita tak nampak and rasa sekarang. Dalam Al-Quran pun Allah ada cakap :

"..... Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan (kekuatan) yang diberikan Allah kepadanya ..... " (At-Talaq : 7)
Walaupun sekarang ni adik rasa  ,

 "Takda siapa faham perasaan aku , takda siapa nak tolong aku bangun lepas aku jatuh . Semua nak letakkan kesalahan kat aku . Aku penat tau tak ! "

Mungkin kat atas ni apa yang adik rasa, akak pun tak pasti . Tapi memang ni yang hampir semua orang rasa dalam hati bila berdepan dengan situasi adik . Even akak pun akan rasa yang sama. Tapi , jangan risau . Allah kan ada ? Adik rasa , bila semua kawan-II adik put blame on you , tinggalkan adik , Allah pun tinggalkan adik tak ? Tak kan ? Allah tak pernah sekali-II tinggalkan hamba-II Nya . Tapi , kita semua , termasuk akak pun tak letakkan Allah number ONE dalam setiap perbuatan akak. Akak pun banyak sangat kesalahan dik .

"Ya Allah , kenapa susah sangat aku nak berubah ? Kenapa nafsu selalu sangat dapat memintas iman dan minda ? "




Selalu akak tanya camtu bila akak dah terbuat dosa yang sememangnya akak buat jugak walaupun akak akan beristighfar / doa dalam sujud terakhir . Mungkin selama ni taubat aku tak bersungguh-II. Tapi , akak still berusaha. Cuba macam-II cara . Walaupun hasilnya macam tetap sama.

Adik , perasaan yang adik rasa sekarang ni , adalah FITRAH . Semua orang akan , sedang atau pernah rasa . Lagi-II waktu macam kita ni. Memang semula jadi sifat remaja yang baru nak meningkat akan ada rasa nak disayangi dan menyayangi. Macam-II . Dah ada rasa nak melawa . Sebab kita semua ni , REMAJA kan , sedang dalam proses mencari identiti diri . Bila ada kes-II camni , kadang-II akak pun geram. Cuma, certain-II masa akak ada la jugak cakap-II tak puas hati . Belakang-II kan . Tapi , jangan contohi akak . hee. Takdalah . But , bila baca ja cita adik , akak kesian . Cerita tentang awak dengan  dia  tu memang akak dah lama tau . Tapi , akak takdalah sampai nak bash adik. Sebab , benda tu biasa.

Akak dah rasa dah pengalaman tu . Tapi, pengalaman akak ni PERIT sikit la, sebab tu la akak tak nak ulang balik masa lalu. Even sekolah rendah lagi , kecik lagi . Dah pandai cinta monyet. Monyet pun tak teruk macam akak. Ngehhhhh!!! Sebab bila akak fikir balik , kejam jugak dulu aku dengan tutt dulu . Memang serba salah laa sampai sekarang . Untuk sahabat yang distorykan ni , sori tauk ! kosong-II. Malu weyh ingat masa sekolah rendah dulu . Tettttt!!!

Abaikan . XD . Agak merapu sikit petang ni. Walaupun tak seberapa , tak gunakan bahasa yang berbunga-II seperti di dalam buku 'Bunga-bunga cinta Bahasa' , akak harap dapat bagi adik semangat walaupun akak tahu , adik tak akan tahu yang akak tulis entry ni untuk adik . Akak bukan Tuhan yang boleh menghukum adik sesuka hati . Ramai orang yang anggap bila orang ni buat salah itu , salah ini , DOSA BESAR . NO ! Definitely NO. Mereka-II itu tidak sepatutnya bertindak demikian kerana mereka tidak meletakkan fikiran mereka di atas landasan yang betul . * ayat choral speaking * .




So, akak nasihatkan lagi sekali , BIARKAN MEREKA . Mereka bukan sesiapa yang nak judge kita sesuka hati. Akak bukan nak salahkan adik dan bukan jugak nak sebelahkan mana-II pihak. Akak duk diam jaa kat tengah-II . So , solutionnya, jangan fikir apa yang orang cakap. Apa yang adik rasa tepat untuk ubah diri adik , adik buat. Memang perit bila kita nak berubah, orang sekeliling tak terima. KEIDUPAN memang macam tu. Dan pasal perasaan adik tu akak serahkan pada adik. Sebab hati dan perasaan ni adalah hak masing-II. Selaraskan minda dan iman. Bukan akak nak suruh adik benci dia ataupun apa-II yang berkaitan , cuma minta adik buat keputusan yang betul . Apa yang terbaik untuk korang berdua. Chillax okeh ?

Cuma, pada akak , jangan dulu k berhubungan dengan mana-II ajnabi . Kita semua ni termasuk akak belum faham lagi resmi kehidupan kat dunia ni . Kita tak tahu mana lelaki yang baik untuk kita , jujur dengan kita and bla bla bla. Banyak sangat . Bukan akak nak cakap semua lelaki tu jahat termasuk dia , tapi itulah lelaki. Jangan terasa dengan apa yang akak cakap.  Hanya sekadar nasihat dan ingatan . Last but not least , jangan down tau . Ingat Allah banyak-II. Fikir dulu sebelum bertindak. Lots of Love . :D


p/s : thanks sebab bagi akak idea cara nak hasilkan penulisan yang berkesan . Nah , hadiah daripada akak. Dengar baik-II tau zikir ni. :)


                                      

Wednesday, October 22, 2014

Sakitnya Dunia !




Assalamualaikum. Alhamdulillah jumpa lagi yerk kita . Dah lama rasanya fifa tak update blog ni . Maklumlah , PT3 candidate la katakan sampai rasa macam takdak idea nak tulis apa . Papepun, doakan yang terbaik untuk fifa okeh ? Doakan semoga dapat natijah yang terbaik untuk dunia dan akhirat. Amin . So, arini tetiba ja , login blog terus dapat idea nak tulis entry pasal SAKITNYA DUNIA ! First, fifa nak tanya . Sapa kat sini tak pernah langsung diuji ? Hidup sentiasa happy-go-lucky jaa ? Takda masalah langsung ? Tipu kalau ada yang kata tak pernah diuji. Ujian kat dunia ni ada dua . KESENANGAN dan MUSIBAH.






Segalanya bermula dengan HATI. Hati yang bersih akan mendorong seluruh anggota badan untuk melakukan benda-II baik. Tapi, kalau hati yang tercemar akan mempengaruhi semua ibadah kita, perkara-II yang kita buat setiap hari akan menjurus ke arah kerosakan. Kita semua tahu yang dunia cuma  sebuah PERSINGGAHAN untuk sebuah perjalanan yang panjang. Kat dunia nilah merupakan dewan exam kita untuk menentukan sama ada kita dapat straight A's ataupun tak untuk menjamin masa depan akhirat. Tapi ramai yang anggap bahawa DUNIA ini adalah tempat untuk berhibur semata-mata. Fifa sendiri pun bukannya seorang yang sempurna. Masih ada banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Memang susah untuk melakukan kebaikan sebab kita akan lebih dekat dengan Allah. Jadi , Allah nak uji sejauh mana kita boleh bersabar dalam menjaga hubungan dengan-Nya. Cuba kalau buat jahat , senang-II je kan berjaya . Kadang-II fifa terfikir , takutnya nak hadapi masa depan . Even sekarang pun aku tak mampu nak kuatkan hati , mcam mana bila dah masuk u , kerja ,  kahwin , bla bla bla. Manusia tak akan terlepas daripada kesilapan . Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Penyayang. Sebesar mana pun dosa yang kita dah buat , Allah tetap ada. Dia tak pernah lupa hamba-Nya. Tapi , segelintir daripada kita lupakan Dia bila mendapat kesenangan yang kita tak sedar bahawa Dialah yang kurniakan nikmat tu. Jahilnya kita. Jahilnya fifa. Dalam Al-quran Allah ada kata:




(Al-baqarah : ayat 186)


Maksudnya : "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) : sesungguhnya aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka)  Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.


Ingatlah sahabat , andainya tiba satu ketika, saat tiada siapa yang ingin mendengar keluhanmu , tiada siapa yang bantu kamu untuk bangkit , Allah itu ada. Walau sesakit manapun ujian dan cabaran yang kita hadapi kat dunia ni, ingatlah hikmah dan balasan nikmat yang kita peroleh nanti. Kita semua manusia yang lemah . Carilah Dia. Bangkit. Paling penting sekali fifa nak cakap , jangan pernah bersangka buruk dengan Allah. Sesungguhnya Allah datangkan sesuatu ujian kerana rindu untuk mendengar rintihan kita setiap malam memohon kepada-Nya. Begitu kasihnya Allah dengan kita. Last but not least, jangan takut untuk berdiri. Jangan takut dengan bayang-II. Hanya takut pada Allah Yang Esa. :D . Walaupun entry kali ni agak pendek , fifa harap sedikit sebanyak dapat menyampaikan mesej yang sememangnya dah jadi tanggungjawab setiap umat Islam. Semoga bersatu di Syurga. Aminn .







nota : Maaf andai ada kata-II yang mengguris perasaan . Jadikan iktibar setiap musibah yang terjadi.
Sama-II perbaiki diri. Bangunkan Islam . :)




Tuesday, September 16, 2014

Tutorial : Letak Lagu Dalam Blog (SCM player)

Assalamualaikum wahai penghuni syurga. InsyaAllah. Amin. So, entry malam ni, fifa akan share 1 tuto untuk letak lagu dalam blog. Bagi bloggers yang pening dan konpius cara nak letak youtube player dalam blog, cara kali sangat simple mimple , semudah 1 2 3. ngee :D . Tak perlu susah-II sebab SCM player ni boleh letak bagi yang guna blogskin ataupun template biasa.

Mula-II pergi sini. Akan keluar macam kat bawah ni.



Pilih skin mana-II yang anda nak. Kalau nak skin yang lebih comel klik Find Custom Skins.



Lebih comel kan ? Pilih salah satu je. Jangan tamak haloba. 



Act, banyak lagi. Korang scroll lagi ke bawah. Dah pilih? Klik choose.  Akan keluar camni.



Settle pilih skin. Klik edit playlist. Korang kena letak nama lagu/penyanyi dengan url lagu. Contoh :



Pastu pegi Configure Setting. Ikut korang sama ada nak autoplay ke, nak letak player tu kat mana. :)



Klik done. Kopipasta kod yang ada tu dalam ruangan HTML/Javascript untuk pengguna denim template. Untuk pengguna blogskin, letak kod sebelum kod <html> . 



Preview dan Save. :) 


p/s : Selamat mencuba, Maaf jika ada kekurangan. ^_^

Sunday, September 14, 2014

Sahabat ke Syurga


*Throwback marhaban 2014*

Assalamualaikum . Apa habaq iman ? Apa habaq hati ? Pasaipa aku cakap loghat Kedah pulakk ni. Ngee. Gambar kat atas tu time kelas 3 Mujahid buat trip marhaban kat BP aritu. Memang gempak la. Alhamdulillah, walaupun kami terpaksa hadapi macam-II dugaan, trip ni tetap berjalan. Sebab tu la, ukhwah yang kuat umpama benteng yang melindungi kita daripada apa-II ancaman sekalipun. Sebab dalam Al-Quran juga Allah telah berfirman :

 "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara " (Surah Al-Hujurat : ayat 10)
So, dalam ayat ni jelaslah bahawa Islam pun menekankan persaudaraan antara umat Islam. Manisnya ukhwah jika tersisip nilai-II iman dan roh yang penuh dengan benih-II Islam. Sahabat adalah saudara saat kita berjauhan dengan keluarga. Sahabat yang baik adalah sahabat yang memimpin kita ke Firdaus-Nya bersama-II. Saat kita jatuh, dialah yang bantu kita untuk bangkit dan terus maju ke hadapan. Dia jugalah yang memberi kita semangat saat kita sedih , saat kita merasakan dunia tidak memperdulikan kita. Alangkah indahnya mempunyai sahabat sebegitu. Mengingatkan kita saat kita lupa bahawa dunia ini hanya sementara , bukan untuk selamanya bertahan. Terima kasih sahabat kerana menjadikan duniaku sempurna. Aku bukan seorang insan yang sempurna. Bahkan untuk menjadi seorang muslimah sejati pun payah. Dengan kehadiranmu , aku mampu untuk melangkah sedikit demi sedikit mencari sinar menuju ke jalan-Nya. Sekali lagi, aku bersyukur dikurniakan nikmat sebegini.

Dari Nu'man bin Basyir r.a Rasulullah SAW bersabda : "Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur. "

Sahabat, perkataan maaf sahaja tidak mencukupi untuk menebus segala kesilapanku kepadamu sama ada sedar ataupun tidak. Maaf sekali lagi jika diri ini tidak cukup sempurna untuk berjalan seiring denganmu dalam mencari redha-Nya. Sebagai persediaan diri sebelum berhadapan dengan dunia luar, ada beberapa panduan yang boleh diambil dalam memilih sahabat.

1 ) Hindarkan diri daripada kawan yang mempunyai tabiat buruk



Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya) , kamu akan dikenali sepertinya 
2 ) Menegur kesilapan kawan atas perkara yang benar


Ubaidah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah S.A.W mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” [Hadis riwayat Muslim]
3 ) Membantu kawan ketika kesempitan


Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Namun, tidak selamanya kita bersama. Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan. Ya Allah, hadirkanlah kekuatan dalam diriku untuk menghadapi perpisahan ini. Aku tidak sehebat Khadijah yang amat Rasulullah sayangi, aku tidak setabah Rabiatul Adawiyah yang begitu setia dalam sengsara demi meraih cinta-Mu, aku juga tidak sesolehah Fatimah, penghulu bidadari syurga, juga aku tidak sekuat Sumayyah dan Asiah, jauh sekali seperti Hajar dan Sarah.

Semoga entry kali ni dapat memberikan input-input serta mesej walaupun ilmu yang disampaikan
tidaklah seluas langit dan bumi. Sesungguhnya ilmu yang diturunkan ini adalah milik Allah 'Azza Wajalla yang mutlak. Salam sahabat.




credit :




Sunday, February 2, 2014

Diari Budak Form 3



*anak sapa la ni ? o..o*

Assalamualaikum wahai saudara-saudari ... ececehh. Macam bajet sajaa, macam poyoo sajaa. Oke. Done. Fokusku pada hari ini hanya untuk menyatakan yang 'FIFA STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS' . Amacam ? cukup panjang tak harkat tu ? masall -_- .  Ni la jadiknya bila dah naik form 3. Aishh , macam-II kena pikir. Pasal tu la, pasal ni la , bla. bla. bla. and bla. Belum cakap pasal homework yang bertingkek-tingkek mengalahkan Gunung Everest tu . Tapi takpa , kita terima dengan tenang . Nak berjaya , kenalah BERJIHAD dulu , ye dokk ? Walau stress mana pun kita, kita kena ingat yang semua tu merupakan salah satu cabaran yang kita kena hadapi kalau nak berjaya. Jangan kita pertikaikan masa pack sangat , balik kampung jarang-II , and yang paling kita selalu pertikaikan "HOMEWORK banyak sangat la cikgu....".




Even fifa pun sama jugak . Memang lumrah pelajar macam tu . Sape je yang suka gilaa homework banyak ? Even cikgu pun kadang-II tak terkejar nak tanda buku pelajar . Tapi , satu je kita kena mind-set kan dalam minda , "Kalau aku nak berjaya, aku kena rajin" . Tahun 2014 ni , fifa sendiri masih cuba nak ubah diri fifa untuk lebih punctual hantar homework walaupun kadang-II lambat jugak. Tebal jugak la muka ni dengan Muhammad Adli Che Azman c0z dari taun lepas kalau dia kutip kertas/homework , fifa ler yang paling LEMM sekali hantar. Ye la kan , tak siap . Anyway , sori yerkk Adli . >,< Usaha dua-tiga lipatganda diperlukan. JYEAHHHHHH!! Fifa boleh.. Anyone can change , right ? iNGAT , pesanan terakhir daripada penaja, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA .. cehhhh .. Assalamualaikum ..




*nota kaki : Post ini bukannya satu keluhan , hanya sekadar perkongsian . ^_^


Short Novel : Dia , Mr Right ?

BAB 3 "Baiklah saya nak awak buat research apa sahaja tentang pembuatan kopi. Next week kita bincangkan dalam kelas ya? Awak semu...