Tuesday, September 16, 2014

Tutorial : Letak Lagu Dalam Blog (SCM player)

Assalamualaikum wahai penghuni syurga. InsyaAllah. Amin. So, entry malam ni, fifa akan share 1 tuto untuk letak lagu dalam blog. Bagi bloggers yang pening dan konpius cara nak letak youtube player dalam blog, cara kali sangat simple mimple , semudah 1 2 3. ngee :D . Tak perlu susah-II sebab SCM player ni boleh letak bagi yang guna blogskin ataupun template biasa.

Mula-II pergi sini. Akan keluar macam kat bawah ni.



Pilih skin mana-II yang anda nak. Kalau nak skin yang lebih comel klik Find Custom Skins.



Lebih comel kan ? Pilih salah satu je. Jangan tamak haloba. 



Act, banyak lagi. Korang scroll lagi ke bawah. Dah pilih? Klik choose.  Akan keluar camni.



Settle pilih skin. Klik edit playlist. Korang kena letak nama lagu/penyanyi dengan url lagu. Contoh :



Pastu pegi Configure Setting. Ikut korang sama ada nak autoplay ke, nak letak player tu kat mana. :)



Klik done. Kopipasta kod yang ada tu dalam ruangan HTML/Javascript untuk pengguna denim template. Untuk pengguna blogskin, letak kod sebelum kod <html> . 



Preview dan Save. :) 


p/s : Selamat mencuba, Maaf jika ada kekurangan. ^_^

Sunday, September 14, 2014

Sahabat ke Syurga


*Throwback marhaban 2014*

Assalamualaikum . Apa habaq iman ? Apa habaq hati ? Pasaipa aku cakap loghat Kedah pulakk ni. Ngee. Gambar kat atas tu time kelas 3 Mujahid buat trip marhaban kat BP aritu. Memang gempak la. Alhamdulillah, walaupun kami terpaksa hadapi macam-II dugaan, trip ni tetap berjalan. Sebab tu la, ukhwah yang kuat umpama benteng yang melindungi kita daripada apa-II ancaman sekalipun. Sebab dalam Al-Quran juga Allah telah berfirman :

 "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara " (Surah Al-Hujurat : ayat 10)
So, dalam ayat ni jelaslah bahawa Islam pun menekankan persaudaraan antara umat Islam. Manisnya ukhwah jika tersisip nilai-II iman dan roh yang penuh dengan benih-II Islam. Sahabat adalah saudara saat kita berjauhan dengan keluarga. Sahabat yang baik adalah sahabat yang memimpin kita ke Firdaus-Nya bersama-II. Saat kita jatuh, dialah yang bantu kita untuk bangkit dan terus maju ke hadapan. Dia jugalah yang memberi kita semangat saat kita sedih , saat kita merasakan dunia tidak memperdulikan kita. Alangkah indahnya mempunyai sahabat sebegitu. Mengingatkan kita saat kita lupa bahawa dunia ini hanya sementara , bukan untuk selamanya bertahan. Terima kasih sahabat kerana menjadikan duniaku sempurna. Aku bukan seorang insan yang sempurna. Bahkan untuk menjadi seorang muslimah sejati pun payah. Dengan kehadiranmu , aku mampu untuk melangkah sedikit demi sedikit mencari sinar menuju ke jalan-Nya. Sekali lagi, aku bersyukur dikurniakan nikmat sebegini.

Dari Nu'man bin Basyir r.a Rasulullah SAW bersabda : "Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur. "

Sahabat, perkataan maaf sahaja tidak mencukupi untuk menebus segala kesilapanku kepadamu sama ada sedar ataupun tidak. Maaf sekali lagi jika diri ini tidak cukup sempurna untuk berjalan seiring denganmu dalam mencari redha-Nya. Sebagai persediaan diri sebelum berhadapan dengan dunia luar, ada beberapa panduan yang boleh diambil dalam memilih sahabat.

1 ) Hindarkan diri daripada kawan yang mempunyai tabiat buruk



Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya) , kamu akan dikenali sepertinya 
2 ) Menegur kesilapan kawan atas perkara yang benar


Ubaidah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah S.A.W mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” [Hadis riwayat Muslim]
3 ) Membantu kawan ketika kesempitan


Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Namun, tidak selamanya kita bersama. Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan. Ya Allah, hadirkanlah kekuatan dalam diriku untuk menghadapi perpisahan ini. Aku tidak sehebat Khadijah yang amat Rasulullah sayangi, aku tidak setabah Rabiatul Adawiyah yang begitu setia dalam sengsara demi meraih cinta-Mu, aku juga tidak sesolehah Fatimah, penghulu bidadari syurga, juga aku tidak sekuat Sumayyah dan Asiah, jauh sekali seperti Hajar dan Sarah.

Semoga entry kali ni dapat memberikan input-input serta mesej walaupun ilmu yang disampaikan
tidaklah seluas langit dan bumi. Sesungguhnya ilmu yang diturunkan ini adalah milik Allah 'Azza Wajalla yang mutlak. Salam sahabat.




credit :




Short Novel : Dia , Mr Right ?

BAB 3 "Baiklah saya nak awak buat research apa sahaja tentang pembuatan kopi. Next week kita bincangkan dalam kelas ya? Awak semu...