Wednesday, September 27, 2017

Short Novel : Dia , Mr Right ?

BAB 3

"Baiklah saya nak awak buat research apa sahaja tentang pembuatan kopi. Next week kita bincangkan dalam kelas ya? Awak semua boleh bersurai"
Alhamdulillah hari ini kelas habis awal sebab Encik Tarmizi ada urgent katanya. Bukan main seronok lagi masing-masing tapi nasib baik still pandai coverline. Bukan apa , hormat.
"Balik ni singgah beli barang dapur dulu la. Bawang pun dah nak habis", bisik hati kecilku.
Tidak dinafikan barangan di kedai runcit kebanyakannya lebih murah daripada pasaraya. Tetapi aku lebih suka ke Aeon Big sebab alang2 tu aku masuk ke kedai buku . Kot2 ada novel2 baru keluar especially buku aimaan banna , tarbiah sentap dan sewaktu dengannya. Bukan nak bajet alim tapi aku tengah dalam proses nak berhijrah tinggalkan novel2 feveret aku yang lagha tu.
20 minit berlalu dan aku pun sudah berada di ground floor Aeon Big.
"Sabar Ain. Kau beli barang dapur dulu pastu baru kau singgah kedai buku tu ea. Kau tu kalau dah jumpa bookstore mana ingat dunia.", gumamku sendiri.
Selepas aku melunaskan pembayaran di kaunter, aku teruskan hajatku untuk ke bookstore yang terletak di sebelah pintu masuk tadi .
"Lantaklah. Berat pun beratlah. Demi buku2 tercinta daku sanggup berkorban nyawa. Cewahh ", monologku sendiri .
"Nasib baik aku bawak tote bag recycle dari rumah tadi. Sumbat je settle" , desis hati kecilku lagi.
Dari satu rak ke satu rak aku pergi . Daripada novel melayu sampailah buku-buku Islamik semua aku terjah. Disebabkan budget harini kecik je aku decide untuk beli satu buku je.
"Semusim Di Mahsyar. Okay jugak beli yang ni . Kat library belum tentu ada", bisik hati kecilku .
"Alamak!! Dah pukul 5:30 . Solat Asar pun belum ni. Nak kena tunggu uber lagi . Jalan kaki memang tak arr dengan barang banyak gini", omelku sendiri.
Terkocoh-kocoh aku berjalan keluar dari Hassani Bookstore yang memang femes dalam kalangan student sini. Kiri kanan penuh dengan plastik barang2 dapur. Encik uber meminta aku tunggu di lot parking belakang sebab lagi dekat untuk sampai ke kolej.
*Dengarilah perjuangan ini bukan mudah namun bukan alasan berpaling tadah*
"Alamak. Ada call masuk pulak", gumamku sendiri.
Dalam kelam kabut aku nak cari handphone dalam beg, tiba-tiba  dua lelaki bertopeng mengacukan pisau ke arah aku.
"Allah...  Apa ni ? Pisau???  Apa aku nak buat sekarang ni ? Mama abah tolong adik. " , rintihku dalam hati.
"Bagi semua duit yang kau ada!! Termasuk handphone tu sekali!! Jangan jerit. Kalau kau jerit aku tikam kau ", ugut salah seorang daripada mereka.
"Encik, saya merayu sangat . Tolong jangan apa-apakan saya. Jangan ambil duit saya. Lagipun saya belajar lagi . Saya tak nak bebankan mak ayah saya. Saya mohon sangat2 encik jangan buat saya macam ni", rayuku bersama air mata yang mengalir.
"Argghh !! Pergi mati la kau. Ada aku kisah kau belajar lagi ke apa ke aku tak nak tau . Yang aku nak sekarang ni duit !" , bentak lelaki bertopeng itu lagi.
Entah dari mana tiba2 datang satu kekuatan dalam diri aku untuk menghadiahkan satu tumbukan padu di muka lelaki bertopeng tu . Siap pakej flying kick dekat tutt lagi . Ala2 bruce lee pula rasanya.
"Amik kauu. Kan dah kena. Ingat apa aku ni perempuan sesuka hati je ke nak buli2 macam. Aku black belt taekwondo tau dakk!!", jerkahku.
Yang lagi sorang cuma terpacak berdiri elok je sebelah aku siap tersengih2 macam kerang busuk. Sekali aku kick, tumbang terus bak angg. Bila dah sure dua2 ni dah KO , aku terus ke pintu hadapan Aeon sebab ramai orang dan minta encik uber ambil aku di sana.
Sampai di rumah sewa aku letak semua barang2 di atas meja makan .
"Nantilah kemas. Yang penting kena mandi dulu pastu solat. Minta ketenangan sikit", monolog ku sendiri.
Rabbana Atina Fiddunya Hasanah Wa FilAkhirati Hasanah Wa Qina 'Azabannar 
*amin*
Telekung aku gantung elok di dalam almari. Barang dapur tadi tak kemas lagi .
"Eh jap. Phone aku. Tadi kan ada call masuk"
5 missed calls. Izz . 
5 missed calls. Sya
"Mak aiii .  Banyak betul missed calls daripada diorang ni. Siap bahagi missed calls sama rata pulak tu", tawaku meletus.
"Assalamualaikum Izz", sapaku.
"Haa Ain. Panjang umur kau. Kau tau tak aku dengan Sya call kau tak dapat2. Kitorang risau tau tak . Kau tu pun kalau nak pergi mana2 pun bagitahu la. Ni tak senyap je. Kitorang call tadi sebenarnya nak ajak kau keluar makan sebab ingatkan kau ada kat rumah . Disebabkan kau tak angkat call kitorang menjajau cari kau kat kampus tau dakk! . Semua orang kitorang tanya. Termasuk budak kelas kau sekali. Kitorang ni pun tak makan lagi tau sebab risau pasal kau. Tak sampai hati nak makan. Kitorang ni lepak kejap kat Pusat Islam", bebel Izz panjang.
"Waalaikumussalam Puan Izz. Nak jadi bini orang tak boleh marah-marah . Hilang seri muka tu nanti. Kesian pula bakal suami awak. Heee . Sorilah korang aku lupa nak bagitahu sebab rushing tadi. After kelas aku terus jalan kaki pergi Aeon. Takpe yang penting aku dah selamat sampai rumah . Laa korang tak makan lagi ke? Okey2. Malam ni aku masakkan special untuk korang ala2 hotel 5 bintang gitu . Tak mau la marah2 gitu . Ni korang terus balik tau . Dah petang ni . Heee ", balasku panjang lebar.
"Ehhh kau ni kan Ain . Orang tengah serius dia boleh pulak memain. Future husband aku tu kenalah terima aku seadanya. Lagipun dah aku memang macam ni sebab aku sayang kau tau dakk. Ni lagi satu dah la jalan kaki sorang-sorang. Bahaya tau tak. Hurmmm nak rasuah la tu. Make sure masak sedap2 ea. Aku nak siakap 3 rasa tau . Haa yelah kitorang balik terus pasni . Penat weh satu hari cari kau . Okeylah. Jumpa kat rumah nanti. Assalamualaikum", sambung Izz lagi.
"Okey. Waalaikumussalam", balasku.
Talian aku putuskan bersama senyuman terukir. Allah . Sungguh indah bila bersahabat kerana Allah. Sungguh aku sayang mereka. Aku tak mahu kehilangan mereka Ya Allah. Di bumi perjuangan ini merekalah adik-beradikku. Sentiasa ada di kala susah dan senang . 
" Allahu . Kau ni Ain boleh berangan pulak. Kan nak masak tadi " , marahku pada diri sendiri.
Periuk dan kuali aku capai . Menu hari ini special sikit sebab aku dah buat diorang risau so kira nak memujuk jugak la ni. Ainur Ruqayyah kalau bab memujuk memang sifu dah. Takda siapa boleh challenge aku . Dengan baby face ala2 emma maembong (kawan sekolah aku yang cakap) , konfem semua cair .  
Dan aku mulakan tugasku dengan basmalah dan selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W . 






Tuesday, September 26, 2017

Short Novel : Dia, Mr Right ?


BAB 2

"Korang aku pergi dulu ea. Aku nak pegi library dulu before pegi class. Jangan lupa kunci semua pintu dengan pagar tau"
Aku hanya berjalan kaki sahaja ke kampus. Dari rumah sewa cuma makan masa 10 minit sahaja kalau jalan kaki.
"Pagi ni kena print semua sekali ni. Senang nanti tak payah nak pening-pening lagi dah", gumamku.
Seperti biasa, akulah antara pengunjung pertama library. Aku lebih suka print or guna pusat IT pagi-pagi sebab tak ramai orang and tak sesak. Aman damai je.
Uitm Permatang Pauh , Pulau pinang.  Alhamdulillah aku kini berada dalam Semester 2 Diploma Seni Kulinari. Umur aku juga masih setahun jagung. Still mentah tentang selok belok kehidupan manusia yang berbeza. Pasal aku pilih seni kulinari sebab sejak sekolah rendah aku suka masak. And of course aku suka makan. Thats why la aku minat sangat sebab aku boleh prepare sendiri apa yang aku nak makan tanpa susahkan mama. Noktah : )
"Okey, semua dah settle! Alhamdulillah legaa. Tengok jam ni pun awal lagi . Ada lagi 45 minit. Study English kejap la" , bisik hati kecilku.
Aku pun terus serbu rak buku-buku English . Aku ni tak power sangat BI so kenalah work hard sikit. Kena target tinggi so usaha kita akan lebih . Tak kisah lah natijahnya nanti sama ada baik atau buruk bagi kita. Yang penting aku dapat tebus balik keputusan SPM aku dulu dekat mama abah.
"Hurmm .. banyaknya buku. Nak ambik yang mana eak ? Buku grammar la dulu. Aku pun lemah sikit bahagian ni. Eh , karangan pun okeh . Senang nak karang esei" , monolog ku sendiri.
Sedang aku ralit memilih bahan rujukan yang aku nak, aku dapat rasakan ada sepasang mata di celah-celah berhadapan rak yang aku sedang berdiri kini memerhatikan aku. Cuak jugalah tapi aku buat tak tahu sahaja. Mujur masa tu student2 lain dah datang .
"Pehal la mamat ni pandang aku macam tu ? Tak pernah tengok perempuan ke? Kat UiTM ni bersepah kot budak perempuan yang cantik2" , bebelku sendiri.
"Dah la pandang macam nak makan orang. Kanibal ke dia ni ? Ya Allah seriously !! Takutnya wehh", sambungku lagi.
"Aah . Memang tak pernah pun nampak ustazah cakap sorang-sorang macam orang gila kat library. Lagipun dulu aku sekolah lelaki . Memang tak pernah jumpa spesis perempuan macam kau ni. Kalau kau nak tahu aku memang kanibal. Lama dah tapi student kat sini tak tau siapa aku sebenarnya" .
Tajam matanya merenung anak mataku. Aku cuba untuk membalas renungan tajamnya dengan renungan membunuh dari aku. Satu saat dua saat tiga saat lantas aku menundukkan pandanganku.
"Astaghfirullahal'azim", bisikku dalam hati.
Entah kenapa aku rasa sesuatu namun segera aku tepis sebab aku yakin itu semua hasutan syaitan yang ingin merosakkan manusia . Teringat aku akan satu hadis tentang zina mata :
الْعَيْنُ تَزْنِي، وَالْقَلْبُ يَزْنِي، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا الْقَلْبِ التَّمَنِّي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ مَا هُنَالِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ
Mata itu berzina, hati juga berzina. Zina mata adalah dengan melihat (yang diharamkan), zina hati adalah dengan membayangkan (pemicu syahwat yang terlarang). Sementara kemaluan membenarkan atau mendustakan semua itu.” (HR. Ahmad no. 8356. Dinilai shahih oleh Syaikh Syu’aib Al-Arnauth.)
Sekali lagi aku beristighfar panjang. Dengan lafaz basmalah , aku kuatkan hati ini untuk memandang tepat ke anak matanya dengan niat ingin membela maruahku.
"First thing first saya tak kenal pun awak dan tak tahu pun siapa awak. Second, kenapa awak pandang saya macam tu dan apa tujuan awak. Third, saya rasa tak selesa dan saya rasa tak selamat. Fourth, siapa awak nak cakap saya macam orang gila ? Ada saya pakai tak cukup kain ke ? Or tak pasal-pasal tumbuk muka orang tak tentu pasal ? Saya tak kisahlah awak tu kanibal or even zombie sekalipun saya malas nak ambil tahu. Tapi benda paling penting saya nak ingatkan 'RESPECT WOMAN' ", bidasku.
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء......
Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita..."
"And paling penting jaga lidah kerana setiap yang keluar dari mulut kita menunjukkan akhlak dan imej diri kita. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum", sambungku lagi sebelum aku beredar .
"Waalaikumussalam" . 

Short Novel : Dia , Mr Right ?


BAB 1

Usai solat Isya' , aku capai senaskah Al-Quran hijau muda di atas meja belajar. Keychain nama 'Ainnur Ruqayyah'  tergantung cantik di zip. Mama dan abah bagi sebelum aku daftar masuk diploma Semester 1 dulu.
"Sodaqallahul'azim"
Helaian terakhir aku tanda dengan sticky note. Maklumlah short-term memory. Sediakan payung sebelum hujan :)
"Rindunya semua orang kat rumah . Adik rindu mama abah sangat. Rindu sangat-sangat. Bestnya kalau kat rumah sekarang ni " , bisik hati kecilku.
Tanpa sedar, air mataku mengalir laju.  Terus aku lap dengan telekung yang aku pakai .
"Ishh kau ni Ain . Tak macho la nangis macam ni. Kena la nampak ganas sikit even dalam hati ada taman. "
Al-Quran aku letakkan semula di atas meja belajarku . Turn aku masak malam ni. Almaklumlah lumrah hidup menyewa. Nak2 student pulak tu. Kena ada toleration dengan setiap ahli rumah. Barulah ukhwah boleh jadi erat.
"Hurmm , nak masak apa eak? Malam ni kita masak simple2 je la . Jimat cermat amalan mulia. 
Diorang pun tak kisah makan apa je. Asalkan tak sakit perut dah la kan "
Aku masak nasi dulu sebelum mulakan acara 'Masterchef' aku malam ni.
"Adik , buat dua kerja dalam satu masa. Sambil masak nasi boleh masak lauk. Kan jimat masa banyak "
Memang banyak pesanan mama kat aku lagi2 bab masak2 ni. Aku ni pun anak bongsu . So no wonder la masa aku banyak dengan mama kat dapur . Tempat febret mama memang kat dapur.
Beras aku bilas then aku tenggekkan atas dapur gas. Cara aku ni tradisional sikit. Guna api terus uolls sebab memang dari kecik mama ajar guna dapur gas. Memang semua anak dara mama takda chance nak guna periuk eletrik .
"Bersama saya harini chef Ain dalam rancangan masak memasak kita harini. So today I want to cook homemade sambal sardin. Resipi rahsia turun temurun daripada mama saya tau " , aku mula berlagak seperti chef wan.
"Next , kita potong dulu cili kering and  rendam dengan air panas. Harini chef malas nak rebus lada kering. So ikut sukati uolls. Kupas dan tumbuk bawang merah dan bawang putih . Bilis , halia dan cili kering tadi jangan lupa tumbuk sekali . Guna lesung batu yang power tau. Jangan Batu Belah Batu Bertangkup dah la yerr. "
"Semua bahan kasi tumis sampai garing sikit. Then letak perasa garam gula baru letak air. Lastly yer penonton, baru masukkan sardin dalam tin ni yer. DONE! "
Maka berakhirlah acara masak memasak aku malam ni. Tengah duk syiok mencedok lauk special aku tiba-tiba 2 orang housemate aku terjah dari belakang.
"Haaa! "
"Oh mak kau jatuh! " , termelatah aku .
"Hesyy kau ni Ain. Cer tukar latah kau jadi istighfar ke tasbih ke. Kan elok sikit dapat pahala. Kesian mak kitorang tersedak kat rumah tu haa" , bebel Izz panjang.
"Betul cakap Izz tu Ain. Kita kena nasihat satu sama lain barulah friendship kita ni berkat. Betul tak? Btw , kau masak apa tu ? Amboihh dari jauh bau pun dah sodapp. Budak kulinari la katakan" , tambah Sya.
Hamra' Izzati atau Izz dan Farisya Irdina aku panggil Sya memang kawan aku yang paling superb pernah aku kenal . Dua2 memang sifatnya berbeza . Izz macam mak2 sikit. Mulut memang laser tapi caring dengan semua kawan2 dia. Sya pulak jenis yang cool je tapi tetap sapot member. Ada masalah pun relek je tapi boleh setel. Tulah yang best. Kalau kita semua sama je boring kan hidup ni. Takde colour.
"Astaghfirullah. Makasih korang ingatkan aku. Btw, ni aku masakkan sambal sardin special mama aku untuk korang ni haa"
"Woahh  ! Ni yang kitorang sayang lebih kat kau ni Ain. Waduhh Sya perut aku dah berkeroncong ni weh . Jom makan ! " , jerit Izz keriangan.
"Izz kot ye pun lapar sangat apa kata kita mandi dulu then solat Isya' berjemaah. Pastu baru makan", ujar Sya lembut.
"Haa. Korang pergilah . Sementara tu aku boleh sediakan talam ni. Air pun aku belum buat lagi ", tambahku lagi.
Begitulah budaya kami. Makan dalam talam menjadi kewajipan kami kalau masing-masing ada di rumah. Sebab tu la hubungan kami macam adik beradik dah. Memang kitorang duduk bertiga je satu rumah. Ada jugak cadang nak ambik sorang housemate baru sebab nak jimat sikit sewa. InsyaAllah dalam masa terdekat ni sebab aku pun tidur sorang dalam bilik.
Habis makan malam or boleh dikira supper jugak lah, aku pun siap2 diri nak tidur . Ambik wuduk , baca Al-Mulk ,  3 Qul , and doa sebelum tidur. Sebagai protector diri kan :) .

Monday, September 25, 2017

Tutorial : Cara Nak Dapatkan URL Gambar Tanpa Photobucket




Assalamualaikum readers ! Okey disebabkan mood blogging fifa still on so fifa nak buat satu tutorial ni haa. Maklumlah kelas pagi ni tangguh then pukul 5 baru ada kelas French. Tu yang kepishangan tu. Okey dah stop ! XD . So tuto hari ini fifa nak ajar semua especially yang beginners cara yang mudah untuk dapatkan url gambar tanpa korang perlu sign up and upload seperti Photobucket dan sebagainya, Bagi fifa sangat leceh bila kena sign up bagai . Ramai juga bloggers lain yang guna cara lain. Hasil research fifa selama ni dapatlah fifa share kat sini. Minta maaf tak dapat bagi credit sebab tak ingat yang mana satu blog fifa buat research . peace yoo . Moga Allah berkati kalian kerana sudi berkongsi ilmu.


1) Pergi ke Dashboard . Secara automatik korang akan jumpa posts blog korang. Klik kat new post .




2) Tadaa . Maka keluarlah macam ni . Pastu tekan yang fifa dah bulatkan tu untuk upload gambar . :)




3) Klik kat choose files then upload la gambar yang korang nak. Bila dah upload , klik kat gambar then tekan add selected.  :)




4) Taraa . Ni contoh fifa punya. Perasan tak kotak compose and html tu ? Kalau korang klik compose akan keluar gambar but kalau tekan html akan keluar coding . Cer Try Test :)




5) Okey . Dah klik html akan keluar camni. Yang fifa underline tu la url imej korang . Done !
    Selamat mencuba. :)




Terima kasih kerana sudi singgah . Assalamualaikum readers ! :)


A New Phase of 2017





Assalamualaikum, morning uolls ! nah mini love untuk readers. Alhamdulillah fifa dah bagi nafas baru kat blog ni. Mula2 ingatkan nak tukar layout blogskin baru tapi entah kenapa ada coding yang hilang then blog jadi tak betul . Yang peliknya website blogskin layout yang fifa selalu download template blogskin tak boleh bukak.Pelik juga kan, So fifa pun decide nak guna classic template balik. Haa lagi senang gitu. Simple je .

Okey. Habis bab tu . Yang fifa nak cerita ni pasal student life. ^_^ Alhamdulillah fifa dah mula sem 1 di UiTM Permatang Pauh , Dip Seni Kulinari lepas habis sem interim haritu. Amik kau sekali tercampak kat utagha teruihh . Mula-mula tu homesick gilaa tapi alhamdulillah dah okey sekarang ni. Orang kata dah boleh adapt la gitu kan. So far so good. Alhamdulillah. Tapi biasa lah kan suasana kat sekolah dengan university life ni lain sangat kan. Tak kisah dari segi kawan-kawan , lifestyle, gaya pemikiran semuanya dah lain sebab kita semua makin membesar takkan mengecut pulak kan . XD . K tak lawak . Assignment pun dah start wujud jugak ni but still under control lagi , Jangan risau sistur boleh handle lagi . Subjek pun tak banyak dalam 6 subjek je. Tu pun sepatutnya ada 9 tapi masa interim dah ambil 3 subjek (ELC121 , CTU 101 , UED 102) . Itu sahaja ye uolls. Lagi nak tahu apa pasal fifa sekarang ni ? Alhamdulillah berat fifa dah turun . XD . Betul siyes tak tipu . Ye la kan kat sini kena berjimat .Kesian mama abah dengan akak-akak and abang fifa takkan la asyik nak mintak diorang sebab nak ikut tekak. Tapi fifa memang dah niat tau nak turun berat kat U and berhasil. Bila balik rumah cuti pun fifa dah tak amik supper ditambah kena jaga azim yang ligat tu. Memang badan fit la duduk rumah .  The most important is bila dah masuk U kena rajin join group usrah atau halaqah. Usrah dengan halaqah ni sama jaa and melalui ni InsyaAllah rohani kita akan sentiasa terisi dengan tazkirah, ukhwah fillah antara akhawat and sesi penambahbaikan melalui teguran-teguran membina akak-akak naqibah. One of my sister sangat aktif join persatuan Islam kat U dia. Kalau macam kat sini dipanggil Rakan Pusat Islam (RPI) . Masuk sem baru ni belum ada lagi program yang besar-besar under RPI .Ye la kan siang kita dah berpenat study apa semua apa kata kita isi rohani pulak . InsyaAllah rasa tenang dan mudah jaa nak belajar . Serius tak tipu. Kalau kita kejar akhirat , dunia pun kita dapat, Tapi kalau kita kejar dunia , akhirat kita tak dapat  . :) Takda alasan banyak assignment ke busy ke sebab kalau kita pandai manage tak wujud istilah takda masa. Allah bagi masa sehari 24 jam cukup dah tapi kita  ? :) Point dia adalah kalau kita bagi masa untuk Allah insyaAllah Allah akan bagi kita masa yang kita rasa macam panjang sangat untuk settlekan urusan seharian. Macam jugak solat . Beza kan rasanya bila kita solat awal dengan solat lambat. Bila kita solat awal rasa macam lama je masa and ada satu perasaan lapang and ringan kat bahu ni . Tapi bila solat lambat hati rasa tak tenang . Dalam hati ni dok kata " Aku tak solat lagi ni" . Buat kerja pun rasa macam tak best je. Nak2 bila bertangguh solat. Lagi la. Bila waktu solat seterusnya dah nak masuk baru rushing nak solat . ( Fifa pun sama je . Teguran ni untuk umum dan untuk diri fifa juga tau  :)  ) . Jadi, berusahalah kita perbaiki solat kita sebab solat itu tiang agama. Kena selalu check kualiti solat kita setiap hari , setiap saat and setiap detik supaya iman kita dapat bertambah. Tak mau la kan buat benda sia2. Kita penat2 tonggang terbalik tapi rupanya solat tak sah , tak sempurna. Kita sama2 cuba ubah yaa . :)

Tu sahaja update fifa untuk kesekian kalinya, Tak tau dah nak tulis apa lagi, InsyaAllah ada rezeki fifa update lagi yaa, Adios Amigos. Assalamualaikum .:)



Short Novel : Dia , Mr Right ?

BAB 3 "Baiklah saya nak awak buat research apa sahaja tentang pembuatan kopi. Next week kita bincangkan dalam kelas ya? Awak semu...