Tuesday, September 26, 2017

Short Novel : Dia, Mr Right ?


BAB 2

"Korang aku pergi dulu ea. Aku nak pegi library dulu before pegi class. Jangan lupa kunci semua pintu dengan pagar tau"
Aku hanya berjalan kaki sahaja ke kampus. Dari rumah sewa cuma makan masa 10 minit sahaja kalau jalan kaki.
"Pagi ni kena print semua sekali ni. Senang nanti tak payah nak pening-pening lagi dah", gumamku.
Seperti biasa, akulah antara pengunjung pertama library. Aku lebih suka print or guna pusat IT pagi-pagi sebab tak ramai orang and tak sesak. Aman damai je.
Uitm Permatang Pauh , Pulau pinang.  Alhamdulillah aku kini berada dalam Semester 2 Diploma Seni Kulinari. Umur aku juga masih setahun jagung. Still mentah tentang selok belok kehidupan manusia yang berbeza. Pasal aku pilih seni kulinari sebab sejak sekolah rendah aku suka masak. And of course aku suka makan. Thats why la aku minat sangat sebab aku boleh prepare sendiri apa yang aku nak makan tanpa susahkan mama. Noktah : )
"Okey, semua dah settle! Alhamdulillah legaa. Tengok jam ni pun awal lagi . Ada lagi 45 minit. Study English kejap la" , bisik hati kecilku.
Aku pun terus serbu rak buku-buku English . Aku ni tak power sangat BI so kenalah work hard sikit. Kena target tinggi so usaha kita akan lebih . Tak kisah lah natijahnya nanti sama ada baik atau buruk bagi kita. Yang penting aku dapat tebus balik keputusan SPM aku dulu dekat mama abah.
"Hurmm .. banyaknya buku. Nak ambik yang mana eak ? Buku grammar la dulu. Aku pun lemah sikit bahagian ni. Eh , karangan pun okeh . Senang nak karang esei" , monolog ku sendiri.
Sedang aku ralit memilih bahan rujukan yang aku nak, aku dapat rasakan ada sepasang mata di celah-celah berhadapan rak yang aku sedang berdiri kini memerhatikan aku. Cuak jugalah tapi aku buat tak tahu sahaja. Mujur masa tu student2 lain dah datang .
"Pehal la mamat ni pandang aku macam tu ? Tak pernah tengok perempuan ke? Kat UiTM ni bersepah kot budak perempuan yang cantik2" , bebelku sendiri.
"Dah la pandang macam nak makan orang. Kanibal ke dia ni ? Ya Allah seriously !! Takutnya wehh", sambungku lagi.
"Aah . Memang tak pernah pun nampak ustazah cakap sorang-sorang macam orang gila kat library. Lagipun dulu aku sekolah lelaki . Memang tak pernah jumpa spesis perempuan macam kau ni. Kalau kau nak tahu aku memang kanibal. Lama dah tapi student kat sini tak tau siapa aku sebenarnya" .
Tajam matanya merenung anak mataku. Aku cuba untuk membalas renungan tajamnya dengan renungan membunuh dari aku. Satu saat dua saat tiga saat lantas aku menundukkan pandanganku.
"Astaghfirullahal'azim", bisikku dalam hati.
Entah kenapa aku rasa sesuatu namun segera aku tepis sebab aku yakin itu semua hasutan syaitan yang ingin merosakkan manusia . Teringat aku akan satu hadis tentang zina mata :
الْعَيْنُ تَزْنِي، وَالْقَلْبُ يَزْنِي، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا الْقَلْبِ التَّمَنِّي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ مَا هُنَالِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ
Mata itu berzina, hati juga berzina. Zina mata adalah dengan melihat (yang diharamkan), zina hati adalah dengan membayangkan (pemicu syahwat yang terlarang). Sementara kemaluan membenarkan atau mendustakan semua itu.” (HR. Ahmad no. 8356. Dinilai shahih oleh Syaikh Syu’aib Al-Arnauth.)
Sekali lagi aku beristighfar panjang. Dengan lafaz basmalah , aku kuatkan hati ini untuk memandang tepat ke anak matanya dengan niat ingin membela maruahku.
"First thing first saya tak kenal pun awak dan tak tahu pun siapa awak. Second, kenapa awak pandang saya macam tu dan apa tujuan awak. Third, saya rasa tak selesa dan saya rasa tak selamat. Fourth, siapa awak nak cakap saya macam orang gila ? Ada saya pakai tak cukup kain ke ? Or tak pasal-pasal tumbuk muka orang tak tentu pasal ? Saya tak kisahlah awak tu kanibal or even zombie sekalipun saya malas nak ambil tahu. Tapi benda paling penting saya nak ingatkan 'RESPECT WOMAN' ", bidasku.
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء......
Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita..."
"And paling penting jaga lidah kerana setiap yang keluar dari mulut kita menunjukkan akhlak dan imej diri kita. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum", sambungku lagi sebelum aku beredar .
"Waalaikumussalam" . 

No comments:

Short Novel : Dia , Mr Right ?

BAB 3 "Baiklah saya nak awak buat research apa sahaja tentang pembuatan kopi. Next week kita bincangkan dalam kelas ya? Awak semu...